PASIR MAS – Seorang remaja lelaki 16 tahun maut dalam kemalangan di Kampung Tok Dap, jam 9.45 malam, Isnin lalu dan hanya ditemui orang ramai, 17 jam kemudian selepas kemalangan tersebut.
Mangsa terkejut
 
Asisten Komisioner Haliludin Rahim (Ketua Polis Pasir Mas) berkata, mangsa, Mohd Zairul Azri Mohd Zuri (16) ditemui orang ramai di sebalik semak bersama motosikal yang dinaikinya.
Menurut Haliludin, ketika kejadian, mangsa menaiki motosikal ke kampung Tok Dap, selepas tamat kelas tambahan.
“Tiba di tempat kejadian, seorang lelaki berusia 65 tahun, menunggang motosikal dari arah sama cuba membelok ke sebelah kiri.
“Terkejut dengan kejadian itu, mangsa cuba mengelak lalu melanggar tiang di sebelah kanan jalan lorong bertentangan,”
katanya semalam.
Tidak diketahui
Beliau berkata lagi, mangsa yang tidak memakai topi keledar dan mengalami patah tengkuk dan pinggang.
Bsgaimanapun, mangsa hanya ditemui 17 jam selepas kemalangan, dalam keadaan bersujud.
“Mangsa mungkin cuba bangun, namun kecederaannya menyebabkan dia tidak dapat bergerak dan bangun semula, sehingga menemui ajal di situ dalam keadaan bersujud,”
katanya.
Sementara itu, warga emas berkenaan pula mendapatkan rawatan di klinik berdekatan, sebaliknya remaja terbabit menemui ajal di kawasan kejadian tanpa diketahui oleh orang ramai.
“Kami menahan suspek bagi membantu siasatan, dan kita memohon saksi yang ada melihat dan mempunyai maklumat kejadian, tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,”
katanya.
Tanam sikap perikemanusiaan
Haliludin menasihati pengguna jalan raya, agar menanam sikap perikemanusiaan dan tanggungjawab sekiranya berdepan dengan situasi seperti ini.
“Tidak kiralah siapa yang salah mahupun siapa yang benar kerana jika kita berdepan kecemasan, kita perlu membantu mangsa lain.
“Jangan bersikap ‘janji saya selamat’, sedangkan orang lain mengerang kesakitan sehingga menemui ajal,”
katanya lagi.
Usaha cari anak
Selepas hampir 17 jam usaha mencari, akhirnya seorang bapa menemui mayat anak sulungnya, dalam keadaan bersujud, jam 2 petang kelmarin disini.
Bapa, Mohd Zuri Ismail (41) berkata, mereka sekeluarga mula risau dengan keadaan Zairul Azri, yang tidak pulang selepas keluar ke kelas tambahan pada malam itu.
“Saya, isteri dan ahli keluarga yang lain, mencari di rumah rakan-rakannya termasuklah di balai polis, namun hampa.
“Kami sangat tidak menyangka hanya akan menemuinya, dalam keadaan tidak bernyawa, keesokan hari,”
katanya.
Hilang anak lelaki tunggal
Mohd Zuri turut melahirkan rasa kesal dengan pihak terbabit dan menyifatkannya sebagai tidak bertanggungjawab.
Kejadian itu katanya, telah mengorbankan nyawa satu-satunya anak lelaki mereka, malah anak sulung daripada empat beradik.
“Setidak-tidaknya, dia boleh memberitahu orang lain, agar diketahui dan anak saya mendapat rawatan segera.
“Sekiranya dia melaporkan kejadian ini, Zairul Azri insyallah mungkin boleh diselamatkan,”
katanya.
Sehubungan itu, dia membuat laporan polis berhubung kejadian ini dan menyerahkan tugas tersebut kepada pihak berkuasa.
“Kami sekeluarga reda, namun berharap perkara sama tidak berulang akan datang,”

- forblogger

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top