Fizo membawa kelainan dengan menyerahkan hantaran berupa sedulang jongkong emas bertulis Fizo Love Mawar seberat 1.011kg sebagai simbolik tarikh pernikahan merka dan sebagai tanda penghargaan & keikhlasan Mawar. Jongkong emas tersebut hasil kerja keras Fizo berlakon dan menjalankan perniagaan beberapa tahun ini.


7 dulang emas berbalas 9, mas kahwin bernilai RM506 turut di berikan kepada Mawar yang merupakan anak sulung dalam keluarga. Fizo dan Mawar bertunang sehari sebelum pernikahan mereka.Pasangan ini bakal mengadakan majlis resepsi pada awal Januari tahun hadapan di tiga lokasi iaitu di kampuang Mawar yang terletak di Pulau Pinang, majlis menyambut tetamu di kampong Fizo yang terletak di Kelantan dan sebuah majlis di Kuala Lumpur.


Mempelai merancang untuk berbulan madu ke beberapa negara  Eropah pada Disember ini selama lebih kurang 3 minggu.

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top