KEJAM! Remaja Hilang Ditemui Mati Dalam Beg, Disyaki Dibunuh Kenalan Internet (3 GAMBAR) | KLANG –  Polis menemui mayat seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang oleh keluarganya sejak semalam, di tepi Jalan Kebun Nenas 1A/KS7, di sini, kira-kira 9 malam tadi.

Mayat mangsa ditemui dalam sebuah beg pakaian dipercayai dibuang pembunuhnya di lokasi berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar, berkata mayat mangsa ditemui selepas suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya oleh seorang lelaki, kira-kira 6.30 petang tadi.



Menurutnya, hasil soal siasat terhadap suspek berusia 23 tahun itu membawa polis ke tempat mayat mangsa dibuang.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kesan luka dan pendarahan di bahagian kepala dan tangan mangsa.

“Soal siasat mendapati mangsa dibunuh di rumah suspek di Kelana Jaya, lebih 12 jam, berdasarkan keadaan mayat yang sudah berbau,” katanya ditemui di lokasi kejadian, malam tadi.

Katanya, sebelum mayatnya ditemui, mangsa dilaporkan keluar dari rumahnya kira-kira jam 11 pagi semalam.



Mangsa kemudiannya dilaporkan tidak pulang ke rumah sehingga jam 12 tengah malam.

Beliau berkata, ibu mangsa yang bimbangkan keselamatan mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Salak Selatan kira-kira jam 1.30 pagi semalam.

Menurutnya, suspek bekerja sebagai operator mesin dan mangsa yang baru selesai menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) itu adalah kenalan dan dikatakan mengenali antara satu sama lain melalui internet beberapa bulan lalu.

Abdul Rahim berkata, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya untuk bedah siasat.

Menurutnya, polis masih menunggu laporan bedah siasat untuk mengetahui sama ada mangsa dirogol suspek atau sebaliknya.

“Polis akan memohon perintah tahanan reman terhadap suspek esok (hari ini) bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan bagi mengetahui motif sebenar pembunuhan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh,” katanya.–Harian Metro

Posting Komentar

  1. ok fine..malaysia masih aman d0w!!

    BalasHapus
  2. Malaysia mmg masih aman. kalau tak mampu ke ko meunulis kat blog mcm ni, buka internet, jalan2 gi shopping, pergi sembahyang kat masjid semua tu..? akai ada ka..

    BalasHapus
  3. subhanallah....mintak d jauhkan dgn bnda² mcm ni...aminnnn....

    BalasHapus
  4. Betol la tu dia kata malaysia masih aman dow salah ke..? Akai ada kasi guna la hahaha...

    BalasHapus
  5. Bagi kita Malaysia aman , bagi yang jadi mangsa ? Ingat sekarang ni siapa2 saja boleh jadi mangsa..

    BalasHapus
  6. amannye Malaysia..
    mn ade jadi bda2 cmni..
    ni sume ilusi ni..
    Malaysia xde nk aman sgt..
    jgn nk pertikaikan bda yg da jelas terjadi depan mata..
    klu nk politik sgt pun, tgk bda yg da jadi..
    jangan jadi bodoh buta n tuli je..
    akal mata telinga tu ade..
    betul la kan DOW..

    BalasHapus
  7. Malaysia aman dari segi peperangan , ngokzz... klaw jenayah ni mmg x ar .. smpai blew2 mmg ade .. bleh pk x .. xphm lg ke mksud aman tu .. negara yg praturan ketat skali pon ttap ade jenayah ..

    BalasHapus

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top