SEORANG anggota pasukan keselamatan menahan seorang lelaki yang dalam keadaan mencurigakan di pantai Lahad Datu berhampiran Felda Residence Sahabat, di Lahad Datu, Sabah hari ini. Gara-gara mahu merakam aksi ini, seorang jurugambar media cedera. - UTUSAN


Jurugambar cedera ketika cuba rakam aksi penahanan | LAHAD DATU 5 Mac - Tindakan anggota keselamatan menahan seorang pemandu bot di pantai berhampiran Felda Residence Sahabat, dekat sini menarik perhatian media yang berada di kawasan tetersebut.

Bot yang dinaiki seorang lelaki ditahan pihak keselamatan yang mengawal perairan di sekitar Kampung Tanduo.

Aksi penahanan tersebut ternyata menarik minat pihak media yang bertindak menyerbu ke arah perairan pantai.

Namun begitu, malang buat salah seorang daripada kumpulan media itu apabila jurugambar tersebut jatuh ketika berlari bagi merakam aksi yang jarang diperoleh itu.

Jurugambar tersebut difahamkan terkehel di bahagian lutut dan menerima bantuan perubatan daripada pihak pengurusan Felda Residence Sahabat. - UTUSAN

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top