PETALING JAYA: Anak kepada penyanyi Ifa Raziah cedera di dahi selepas terlibat dalam insiden pergaduhan dengan rakan sekolahnya dalam kejadian yang berlaku di sebuah sekolah antarabangsa di Gombak, dekat sini, Jumaat.

Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha, 38, berkata, anaknya Muhammad Shakir Aqili Mohd Yani, 8, dikatakan ditolak oleh seorang pelajar darjah lima akibat perasaan cemburu dengan koleksi patung gusti yang dimiliki Muhammad Shakir Aqili.

"Pada tengah hari Jumaat, selepas tamat waktu sekolah, anak saya berborak dengan anak kepada pelakon Amyza Aznan yang turut belajar di sekolah yang sama. Mereka berborak mengenai patung gusti.


Beginilah keadaan dahi Aqili yang luka akibat terkena besi tajam.

"Tiba-tiba datang seorang budak darjah lima menyertai perbualan itu dan anak saya terus menyambung perbualannya sambil menceritakan koleksi patung gusi yang dimilikinya.

"Kerana tidak percayakan kata-kata Muhammad Shakir Aqili, budak itu menolaknya sehingga kepala dia terkena besi menyebabkan luka pada dahi sebelah kiri," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini malam Jumaat.

Tambah Ifa, akibat kejadian itu anaknya terpaksa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan dan menerima enam jahitan.

Katanya, Muhammad Shakir Aqili, juga terpaksa di hantar ke Hospital Pakar KPJ Tawakkal (KPJ TSH) dekat sini untuk menjalani imbasan kerana dikhuatiri terdapat gegaran otak.


Aqili membuat imbasan 'computed tomography' (CT) di Pusat Perubatan Tawakkal. Foto Twitter Ifa Raziah

Dalam pada itu, sehingga berita ini ditulis pada malam Jumaat, Ifa berkata, ibu bapa kepada kanak-kanak itu masih belum bertemu atau menghubunginya walaupun mereka telah diberitahu mengenai kejadian tersebut oleh pihak sekolah.

"Pelik juga, sepatutnya ibu bapa budak itu perlu meminta maaf kepada saya dan suami, tetapi sehingga sekarang mereka tidak menghubungi kami pun. Sedangkan mereka telah diberitahu oleh pihak sekolah,” katanya.

Ifa yang turut bimbang dengan keadaan kesihatan anaknya itu akan membuat laporan polis pada Sabtu.-mstar


Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top