KEADAAN leher Mohd. Azizi yang cedera akibat terjerut tali layang-layang di Kampung Hilir Darat, Saratok semalam.

SARATOK – Seorang pelajar lelaki tingkatan empat cedera apabila lehernya dibelit dan dijerut tali layang-layang bersalut kaca yang merentang jalan di Kabong dekat sini kelmarin.

Kejadian pada pukul 11 pagi itu dikatakan berlaku ketika mangsa, Mohd. Azizi Ibrahim, 16, sedang menunggang motosikal untuk pulang ke rumahnya di Kampung Hilir Darat selepas membeli barang keperluan di sebuah kedai di pekan Kabong.





Mengimbau kejadian itu, Mohd. Azizi berkata, ketika melalui kawasan kejadian, dia yang menunggang seorang diri tidak menyedari tali layang-layang melintang di jalan tersebut kerana ia terlalu halus lalu merempuhnya.

Difahamkan, tali layang-layang bersalut kaca itu ditinggalkan di kawasan tersebut oleh pemiliknya selepas layang-layangnya tersangkut pada sebatang pokok.-kosmo

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top